Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua individu ditahan terlibat penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Dua individu ditahan terlibat penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 6 hours ago
TANGKAPAN dua individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Batu Kawa, Kuching.

PADAWAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya menahan dua individu, masing-masing seorang warga tempatan berusia 23 tahun dan seorang warga Indonesia berusia 27 tahun, di sekitar Batu Kawa, Kuching pada tengah hari semalam kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis merampas satu paket plastik lutsinar kecil yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Hasil ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek turut mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan benzodiazepine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Perokok tegar didenda RM500, ulang kesalahan di kawasan larangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.