Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua individu ditahan di Lawas akibat penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Dua individu ditahan di Lawas akibat penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 1 day ago

Sepasang suspek ditahan di Merapok dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.


LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan dua individu di sebuah rumah di Merapok, pagi semalam, kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata operasi bersepadu itu berjaya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berusia 22 tahun.

Walaupun pemeriksaan rumah tidak menjumpai sebarang dadah atau barangan haram, ujian air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis AMP/METH.

Semakan rekod lampau menunjukkan lelaki itu mempunyai dua kesalahan dadah sebelum ini, manakala wanita terbabit mempunyai satu kesalahan lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ibu ditahan, disyaki abaikan anak berumur empat tahun
Next: 92 motosikal diperiksa dalam Operasi Motosikal di Sibu Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.