Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua individu ditahan dalam operasi jenayah komersial dan narkotik
  • JENAYAH

Dua individu ditahan dalam operasi jenayah komersial dan narkotik

Utusan Sarawak 17 hours ago

POLIS menahan seorang wanita dan seorang lelaki dalam dua operasi berasingan membabitkan kes jenayah komersial dan narkotik di daerah ini baru-baru ini. Foto IPD Saratok

SARATOK: Polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki dalam dua operasi berasingan membabitkan kes jenayah komersial dan narkotik di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pembelian dalam talian melibatkan nilai RM2,500.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJKD) Saratok yang diketuai Inspektor Sopian menahan suspek di Saratok pada 21 Oktober lalu.

“Siasatan mendapati akaun bank milik suspek digunakan untuk menerima wang pembelian produk Nike daripada mangsa di Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa dipercayai memindahkan wang berjumlah RM2,500 ke akaun CIMB suspek sebelum menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis di Melaka.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, dalam operasi berasingan sehari kemudian (22 Oktober), sepasukan anggota Task Force Op Tapis IPD Saratok diketuai Sub Inspektor Engelbert menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di kawasan Kolam Udang, Kabong selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine. Semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes narkotik,” katanya.

Kes kedua disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mathew berkata, tangkapan berkenaan menunjukkan komitmen berterusan IPD Saratok dalam membanteras jenayah komersial dan penyalahgunaan dadah di kawasan itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Langgar syarat lesen, bot penumpang ditahan di perairan Bintulu
Next: Penduduk tangkap dua lelaki, diserahkan kepada polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.