Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua individu didakwa bunuh penuntut universiti di Cyberjaya
  • MAHKAMAH

Dua individu didakwa bunuh penuntut universiti di Cyberjaya

Utusan Sarawak 14 hours ago

DUA individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan bersubahat dan membunuh seorang wanita yang juga penuntut universiti swasta di Cyberjaya, bulan lepas. Tertuduh, M. Sri Darvien (he) dan D. Thineswary (she), masing-masing berumur 19 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani. Foto BERNAMA

SEPANG: Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dan membunuh seorang wanita yang juga penuntut universiti swasta di Cyberjaya, bulan lepas.

M. Sri Darvien dan D. Thineswary, masing-masing berumur 19 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sri Darvien yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, didakwa membunuh Maniishapriet Kaur Akhara, 20, di sebuah unit kondominium di Cyberjaya antara 9.11 malam sehingga 11.31 malam, 23 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, serta tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Thineswary yang juga rakan serumah mangsa didakwa bersubahat dengan Sri Darvien melakukan pembunuhan tersebut pada tarikh dan lokasi sama, pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Wanita terbabit yang merupakan pelajar tahun pertama Program Asasi Sastera itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sama dengan Sri Darvien.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala Sri Darvien diwakili peguam M. Manoharan dan Thineswary diwakili Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan forensik, bedah siasat dan kimia.

Mangsa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi  ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada 10.00 pagi, 24 Jun.

Mangsa yang berasal dari Sarawak dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kes bunuh Cyberjaya: dua individu didakwa esok
Next: Wanita didenda RM6,000, disenarai hitam lesen memandu di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.