Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua individu cuba langgar polis ditahan di Hospital Betong
  • JENAYAH

Dua individu cuba langgar polis ditahan di Hospital Betong

Utusan Sarawak 2 years ago
Pesuruhjaya Polis Sarawak
Dato Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Seorang lelaki dan wanita tempatan yang cedera dipercayai terkena dua das tembakan ketika cubaan merempuh anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya demi melarikan diri menggunakan kenderaan yang dicuri akhirnya diberkas polis di Hospital Betong, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataannya hari ini berkata, suspek lelaki , 38, ditahan sekitar 1.00 tengah hari pada Ahad ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.

Suspek wanita, 34, pula  cedera di bahagian lengan kanan dan sebelah kanan pinggang turut ditahan di lokasi yang sama.

“Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai lapan rekod kesalahan mencuri kenderaan, satu rekod kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan satu rekod kesalahan cubaan membunuh orang,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Fortuner, yang dilaporkan kira-kira pukul 1.09 pagi pada 4 Mac di Pasar Baru Tatau, kira-kira 565 km ke utara dari sini.

Susulan laporan itu, Mohd Azman berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tatau telah terserempak dengan Toyota Fortuner yang disyaki dicuri itu dan sebuah lagi kenderaan 4WD jenis Toyota Hilux yang dalam keadaan mencurigakan di Km 82, Jalan Sibu-Bintulu.

“Pasukan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan dan tayar kedua-dua tayar kenderaan tersebut, dengan tujuan untuk menghentikan tindakan suspek namun kesemua kenderaan itu berjaya meloloskan diri,” katanya.

Mohd Azman berkata, kedua-dua kenderaan itu, turut merempuh sekatan jalan raya yang didirikan pasukan dari Balai Polis Selangau kira-kira 300 meter dari tempat kejadian awal, dan hampir melanggar seorang anggota polis, sebelum Toyota Fortuner itu ditemukan terbabas di tepi jalan.

“Suspek-suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan Toyota Hilux,” katanya.

Jelasnya lagi, kes itu kini di siasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan akibat mencuri kenderaan motor dan Seksyen 307 Kanun yang sama atas cubaan membunuh.

Justeru, beliau memohon jasa baik orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut untuk menghubungi Insp Mohd Hafez A. Razak di talian 012-9677525.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Suri rumah rugi RM110,556 terpedaya kerja mudah ‘Like and Share’
Next: Pesara rugi RM449,200 ditipu individu menyamar kakitangan ‘SKMM’, ‘polis’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.