Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua gol Salah bantu Mesir layak ke Piala Dunia 2026
  • SUKAN

Dua gol Salah bantu Mesir layak ke Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 2 days ago

JOHANNESBURG: Bintang Liverpool, Mohamed Salah menjaringkan dua gol bagi membantu Mesir menewaskan Djibouti 3-0 di Casablanca pada Rabu, sekali gus melayakkan pasukan itu ke Piala Dunia 2026.

Pemain berusia 33 tahun itu kini telah menjaringkan sembilan gol sepanjang kempen kelayakan yang panjang dan mencabar sejak dua tahun lalu, dan kemenangan Mesir kali ini memberikan mereka kelebihan lima mata yang tidak boleh dikejar oleh Burkina Faso dalam Kumpulan A.

Dua kali dinobat sebagai Pemain Terbaik Afrika, Salah membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali ke-20 musim lalu — menyamai rekod tertinggi — serta memenangi anugerah Kasut Emas dengan 29 gol.

Mesir meraikan kelayakan ke Piala Dunia 2026. Foto AFP

Namun, kapten Mesir itu dilihat agak suram bersama Liverpool musim ini, hanya menjaringkan tiga gol dalam sembilan perlawanan di semua kejohanan.

Selepas Ibrahim Adel membuka jaringan pada minit ke-8 menentang pasukan yang berada 158 tangga di bawah dalam ranking dunia, Salah menambah gol kedua enam minit kemudian dan sekali lagi pada minit ke-84.

Walaupun Mesir telah menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON)sebanyak tujuh kali — satu rekod — prestasi mereka di Piala Dunia agak hambar, hanya layak empat kali daripada 15 percubaan — pada tahun 1934, 1990, 2018 dan kini 2026.

Bekas pemain tengah Arsenal, Thomas Partey, turut menjaringkan gol ketika Ghana membelasah Republik Afrika Tengah 5-0 di Meknes. 

Ghana kini hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan terakhir Kumpulan I di tempat sendiri menentang Comoros untuk layak. – AFP

Continue Reading

Previous: Skuad remaja badminton negara juara kumpulan, mara ke suku akhir
Next: Arab Saudi bangkit atasi Indonesia 3-2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.