Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua gol Haaland benam Man United 3-0
  • SUKAN

Dua gol Haaland benam Man United 3-0

Utusan Sarawak 8 hours ago

MANCHESTER: Erling Haaland sekali lagi menjadi watak utama apabila meledak dua gol untuk membantu Manchester City membelasah seteru tetangga, Manchester United, 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadim Etihad.

Phil Foden membuka jaringan seawal minit ke-18 selepas menanduk hantaran silang Jeremy Doku. 

Aksi lincah Doku yang berjaya menembusi benteng United membolehkan hantaran keduanya ditampan kemas oleh Foden untuk gol pembukaan.

Haaland, yang kini mengumpul tujuh gol hanya dalam seminggu bersama kelab dan negaranya, menambah derita United pada minit ke-53. 

Bermula dengan kekuatan Doku yang mengatasi Lenny Yoro sebelum melorongkan bola, penyerang Norway itu tenang menolak masuk melepasi James Trafford.

Bintang berusia 25 tahun itu kemudian melengkapkan dua jaringannya pada minit ke-68. 

Kesilapan United kehilangan bola di kawasan tengah membolehkan Bernardo Silva melorong jauh, dan Haaland dengan mudah mengatasi Harry Maguire sebelum menyempurnakan peluang berdepan Trafford sekali lagi.

Kemenangan bergaya itu memberikan pasukan kendalian Pep Guardiola hak ‘bermegah’ dalam edisi terbaharu derby Manchester, sekali gus mengukuhkan reputasi Haaland sebagai mesin gol utama City musim ini. 

Continue Reading

Previous: Penalti Salah pastikan kemenangan Liverpool
Next: Amorim enggan ubah taktikal, tetap pertahan taktikal 3-4-3 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.