Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dua gempa sederhana landa Filipina dalam tempoh dua jam, tiada risiko tsunami kepada Malaysia
  • SEMASA

Dua gempa sederhana landa Filipina dalam tempoh dua jam, tiada risiko tsunami kepada Malaysia

Utusan Sarawak 6 hours ago
GEMPA bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud melanda Mindanao, Filipina pada 7.22 malam tadi, namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi sederhana melanda wilayah Mindanao, Filipina dalam tempoh dua jam petang tadi, namun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa terbaharu dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter berlaku pada 7.22 malam tadi.

Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 48 kilometer (km) pada jarak 112 km Tenggara dari Koronadal City, Filipina.

Terdahulu, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter direkodkan berlaku pada 5.17 petang dengan kedalaman 10 km, berpusat di 171 km Barat Laut dari Pulau Talaud, Indonesia.

Setakat ini, sebanyak 15 orang dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 134 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.9 magnitud melanda Mindanao pada 7.37 pagi tadi. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jabatan Hutan Sarawak raih anugerah khas keselamatan perlindungan 5 bintang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.