Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua gempa bumi landa timur Indonesia, tiada kerosakan, mangsa
  • GLOBAL

Dua gempa bumi landa timur Indonesia, tiada kerosakan, mangsa

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA gempa bumi landa timur Indonesia, tiada kerosakan, mangsa

JAKARTA: Gempa bumi melanda Maluku dan Sulawesi Tenggara di timur Indonesia awal Ahad, menurut pihak berkuasa.

Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada risiko tsunami dalam kedua-dua kejadian. 

Di Maluku, gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda wilayah Kabupaten Maluku Barat Daya pada 1.38 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di laut sekitar 48 km utara wilayah itu pada kedalaman 141 km.

Gegaran dirasai di Tiakur, ibu kota wilayah berkenaan, dengan intensiti sederhana namun tidak menyebabkan kerosakan. 

Dalam kejadian berasingan, gempa bumi berukuran 2.6 magnitud melanda Kolaka di Sulawesi Tenggara pada 12.56 tengah malam waktu tempatan.

Pemangku Ketua BMKG Wilayah IV Makassar, Nasrol Adil berkata, gempa bumi berkenaan berpunca daripada pergerakan di sepanjang garis sesar berhampiran, dengan pusat gempa sekitar lapan km barat laut Kolaka pada kedalaman tiga km.

Beliau berkata, berdasarkan anggaran peta gegaran dan laporan awam, gempa bumi dirasai di daerah Latambaga dan Kolaka dengan intensiti II hingga III pada skala Intensiti Mercalli (MMI) yang Diubah suai.

“Getaran itu dirasai beberapa orang dan dirasai di dalam rumah, sama seperti kenderaan berat yang lalu-lalang,” katanya menurut Agensi Berita ANTARA.

Pihak berkuasa terus memantau kedua-dua kawasan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Waktu musim panas bermula, Eropah cepat satu jam
Next: Gunung Semeru meletus sembilan kali hari ini, cetus aliran piroklastik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.