Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua dekad penganjuran, Limbang bersedia sertai litar regata Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Dua dekad penganjuran, Limbang bersedia sertai litar regata Sarawak

Utusan Sarawak 4 days ago
REGATA LIMBANG…Dr Abdul Rahman akan memohon agar Pesta Limbang dapat dimasuk dalam senarai litar regatta di Sarawak bermula tahun hadapan.

LIMBANG: Daerah Limbang akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan litar regata di Limbang.

Ini memandangkan sukan lumba perahu turut mendapat sambutan luar biasa di kawasan ini termasuk penyertaan dari negara jiran, Brunei.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, selain Sri Aman, Tatau, Simunjan dan Gedong yang aktif menganjurkan regata, Limbang juga menganjurkan acara serupa menerusi Pesta Limbang.

“Yang Amat Berhormat Premier semasa merasmikan Pesta Benak baru-baru ini telah memaklumkan bahawa satu Litar Regata Sarawak akan diwujudkan tahun hadapan. Jadi, kita akan mohon agar Pesta Limbang turut dimasukkan sebagai salah satu lokasi.

“Ini juga bertepatan dengan jangkaan siapnya projek Esplanade Limbang dan Jambatan Limbang, yang dijangka siap pada tahun depan,” katanya ketika merasmikan Pesta Hari Bukit Mas 2025 di Lot 777, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menambah, Regata Limbang merupakan acara sukan budaya yang telah popular sejak lebih dua dekad lalu dan sering disertai oleh pasukan dari wilayah Kepulauan Borneo.

“Pesta Limbang merupakan acara ikonik di utara Sarawak dan menjadi tumpuan utama untuk menyaksikan Regata Limbang. Acara ini dijangka kembali diadakan pada Jun atau Julai tahun depan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pesta tersebut bukan sahaja dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan, malah berperanan penting dalam mempopularkan Limbang sebagai pintu masuk utama ke utara Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lawatan SK St. Michael perkukuh hubungan komuniti pendidikan di Lundu
Next: Peruntukan RMK13 lebih RM1 bilion untuk pembangunan Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.