Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera, seorang parah dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Dua cedera, seorang parah dalam kemalangan

Utusan Sarawak 3 hours ago
TERSEPIT… Pasukan bomba berusaha menyelamatkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Bulatan Nam Leong Departmental Store, Senadin, di Miri malam tadi.

MIRI: Dua individu cedera manakala seorang lagi dilaporkan parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Bulatan Nam Leong Departmental Store, Senadin, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 8.08 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, dua mangsa tersepit dalam dua kenderaan berasingan,” katanya di sini.

Menurut Henry, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum diserahkan kepada pasukan kesihatan untuk rawatan lanjut.

“Seorang lagi mangsa turut diserahkan kepada pasukan kesihatan,” katanya.

Tambahnya, selepas operasi menyelamat selesai, pasukan bomba menjalankan kerja pembersihan  bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Operasi tamat sepenuhnya 9.50 malam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki warga Indonesia terjatuh dari kapal ditemukan, operasi SAR ditamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.