Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua cedera, sembilan kedai musnah dalam kebakaran di Tatau
  • KEBAKARAN

Dua cedera, sembilan kedai musnah dalam kebakaran di Tatau

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja pemadaman dan ‘overhaul’ selepas kebakaran memusnahkan deretan kedai satu tingkat di Jalan Tatau Sangan, Tatau awal pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

TATAU: Dua individu cedera akibat melecur dalam kebakaran yang memusnahkan sembilan kedai satu tingkat berstruktur tidak kekal di Jalan Tatau, Sangan, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.56 tengah malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau digerakkan ke lokasi, kira-kira 30 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sembilan unit kedai yang terbakar seratus peratus dan turut menjejaskan 10 kenderaan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan ketika cuba memadam kebakaran dan telah dibawa ke kliknik berdekatan oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar 2.28 pagi, sementara punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Warga emas maut dalam kebakaran rumah di Jalan Pulau Salam, Lawas
Next: Warga emas maut kebakaran di Lawas, masyarakat elak sebar spekulasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.