

BATU NIAH: Dua individu cedera ringan dalam satu kejadian kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta sedan di Jalan Batu Niah–Sepupok, Kampung Bukit Bom, pagi tadi.
Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada 8.15 pagi sebelum jentera digerakkan ke lokasi.


Pemandu SUV, seorang lelaki berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu kereta sedan, juga lelaki berusia 54 yang cedera ringan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.
Seorang wanita (penumpang) hadapan kereta sedan berusia 51 tersepit dan berjaya diselamatkan anggota bomba menggunakan peralatan khas sebelum kedua-dua mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.
Oleh Adum Liu