Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera ringan dalam kemalangan van di Jambatan Awik
  • KEMALANGAN

Dua cedera ringan dalam kemalangan van di Jambatan Awik

Utusan Sarawak 3 days ago
KEMALANGAN kendiri yang berlaku di bahu jalan berhampiran Jambatan Awik, dekat sini petang semalam. Foto: PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Dua individu mengalami kecederaan ringan apabila sebuah van jenis Toyota Hiace yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan berhampiran Jambatan Awik, di sini petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 4.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan ke lokasi.

PGO berkata kemalangan melibatkan seorang pemandu wanita serta seorang penumpang lelaki. Kedua-duanya mengalami kecederaan tetapi tidak tersepit.

Menurutnya, pemandu wanita berkenaan dilaporkan mengadu sakit pada bahagian kaki yang tidak dapat digerakkan, sebelum dibantu keluar oleh pasukan bomba. Mangsa seterusnya diberikan rawatan awal di lokasi.

Pasukan bomba turut menstabilkan kedua-dua mangsa sebelum menyerahkan mereka kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk tindakan lanjut.

Dalam operasi tersebut, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah kenderaan EMRS dikerahkan ke lokasi. Operasi ditamatkan selepas keadaan terkawal.

PGO Sarawak menegaskan, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden berkenaan, dan kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki warga Indonesia ditemui meninggal dunia selepas lemas di Kampung Penasu
Next: Fatal accident in Jalan Green claims a life and seriously injured another

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.