Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera ringan dalam kemalangan di Serian
  • KEMALANGAN

Dua cedera ringan dalam kemalangan di Serian

Utusan Sarawak 1 day ago
 PASUKAN bomba melakukan operasi menyelamat mangsa terbabit dengan kemalangan di persimpangan Pekan Baki Baru, Jalan Kuching-Serian.

SERIAN: Seorang lelaki dan wanita cedera ringan dalam kemalangan melibatkan kereta dan motosikal di persimpangan Pekan Baki Baru, Jalan Kuching-Serian petang tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Nasihin, panggilan kecemasan diterima pada 5.02 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi sejauh 10 kilometer.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan motosikal dan kereta Proton Wira.

“Penunggang motosikal, seorang lelaki, mengalami kecederaan pada bahagian tangan kanan dan kaki kiri telah dihantar ke Hospital Serian menggunakan unit EMRS bomba,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, hari ini.

Tambah beliau, pemandu kereta, seorang wanita, turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki kiri dan dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.26 petang setelah memastikan keadaan di lokasi terkawal dan selamat,”.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Pelajar perempuan tersepit kaki di asrama SMK Lake Bau
Next: Tiga mangsa terselamat kemalangan kendiri pacuan empat roda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.