Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera kemalangan tiga kenderaan di Jalan Pesisir Miri-Bintulu
  • KEMALANGAN

Dua cedera kemalangan tiga kenderaan di Jalan Pesisir Miri-Bintulu

Utusan Sarawak 9 hours ago

MUSNAH... Keadaan Triton yang berada di belakang lori dalam kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga kenderaan di Ladang Tawakal, Jalan Pesisiran Pantai Miri-Bintulu malam tadi.

NIAH: Dua individu cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Ladang Tawakal, Jalan Pesisiran Pantai Miri Bintulu dekat sini malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.54 malam dengan seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian, terletak kira-kira 25 kilometer dari balai.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati insiden melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, sebuah lori dan sebuah treler.

Kemalangan tersebut menyebabkan seorang lelaki berumur 55 tahun, tersepit di bahagian kaki kanan dan cedera di dada, manakala seorang wanita, 67, mengalami kecederaan di kepala serta patah di bahagian tangan kiri dan bahu kanan.

Komander Operasi, PBK I Jeffery Majin, memaklumkan bahawa pasukan bomba menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident (RTA) bagi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum kedua-duanya diserahkan kepada pasukan perubatan Klinik Kesihatan Suai untuk rawatan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 11.11 malam dan tamat pada jam 11.17 malam.

Turut berada di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Batu Niah, Unit Trafik Miri, dan KKM Suai bagi membantu urusan siasatan serta rawatan kecemasan.

JBPM menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, terutama pada waktu malam dan di kawasan laluan pesisir yang kurang pencahayaan.

Oleh Adum Liu 

Continue Reading

Previous: Kemalangan maut di KM17 Jalan Kota Samarahan–Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.