Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera, kemalangan kendiri pacuan empat roda di Betong
  • KEMALANGAN

Dua cedera, kemalangan kendiri pacuan empat roda di Betong

Utusan Sarawak 4 days ago
KENDERAAN pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terlibat dalam kemalangan kendiri di hadapan sebuah stesen minyak Petron di Betong, malam tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Dua individu dilaporkan cedera selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di hadapan stesen minyak Petron di Betong, malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, insiden berkenaan dimaklumkan orang awam sekitar 9.53 malam sebelum pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong segera digerakkan ke lokasi kejadian.

PGO berkata seramai lapan anggota BBP Betong yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Helman Tino telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

KENDERAAN pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terlibat dalam kemalangan kendiri di hadapan sebuah stesen minyak Petron di Betong, malam tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kenderaan pacuan empat roda itu telah mengalami kemalangan kendiri. 

“Dua orang mangsa berada di dalam kenderaan dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PGO berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan kelengkapan khas serta pakaian perlindungan diri (PPE) bagi membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kenderaan yang remuk.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans dan dihantar ke Hospital Betong untuk menerima rawatan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua maut, hampir 226,000 keluarga terjejas akibat Taufan Wipha di Filipina
Next: Kemaskini: Kereta masuk tasik Unimas, wanita maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.