
SARIKEI: Satu kes kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal telah berlaku di Jalan Bersatu pada petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.04 petang.
“Empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bergerak ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, pasukan APM Sarikei membuat pemeriksaan awal terhadap dua mangsa kemalangan,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, seorang lelaki berumur 55 tahun mengalami luka di bahagian kiri akibat serpihan kaca.
“Manakala, seorang lagi mangsa, wanita warga emas berumur 81 tahun yang merupakan penumpang duduk bahagian belakang kereta mengalami sakit di dada akibat daripada hentakan dalam kereta.
“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” katanya.
Oleh Earl Anek