Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera dalam kemalangan dua kereta di Jalan Puncak Borneo
  • KEMALANGAN

Dua cedera dalam kemalangan dua kereta di Jalan Puncak Borneo

Utusan Sarawak 1 month ago
DUA individu dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Perodua Kancil di Batu 11, berhampiran Semenggoh Wild Life, Jalan Puncak Borneo, awal pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

KUCHING: Dua individu dilaporkan cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Batu 11, berhampiran Semenggoh Wild Life, Jalan Puncak Borneo di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 11.44 malam tadi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua kenderaan jenis Perodua myvi dan Perodua kancil.

“PKO mendapati tiada mangsa yang terperangkap dan tiada kerja penyelamatan dilakukan, dan hanya kerja flushing minyak hitam dari kenderaan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Operasi tamat sekitar 12.43 pagi setelah pasukan bomba melakukan pembersihan sisa kemalangan di lokasi kejadian.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kemalangan di Bulatan Kanowit/Durin
Next: Kemaskini: Terlibat kemalangan maut di Bulatan Kanowit/Durin, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah asal Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.