Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera dalam kemalangan di Simpang Pujut 7
  • KEMALANGAN

Dua cedera dalam kemalangan di Simpang Pujut 7

Utusan Sarawak 7 hours ago

PERIKSA… Anggota bomba dalam operasi menyelamat membuat pemeriksaan kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux hitam dan Perodua Axia merah di simpang empat lampu isyarat Pujut 7, malam tadi.

MIRI: Dua cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bertembung dengan sebuah Perodua Axia di simpang empat lampu isyarat Pujut 7, lewat malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.50 malam sebelum mengerahkan sebuah jentera FRT dari Balai Bomba Lopeng bersama unit EMRS ke lokasi. Pasukan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux hitam dan Perodua Axia merah.

“Dua mangsa dalam Perodua Axia yang cedera telah berjaya dikeluarkan lebih awal oleh pihak Polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan perubatan hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera masing-masing berusia 30 dan 25 tahun, dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut polis, pemandu Toyota Hilux dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian.

Operasi diketuai oleh PBK II TBK I Liew Yee Mee dan tamat sepenuhnya pada 12.14 tengah malam. Turut berada di lokasi ialah anggota PDRM, APM dan pasukan ambulans hospital.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang cedera, pacuan empat roda terbabas ke longkang
Next: Lagi serangan buaya, nyawa kanak-kanak jadi korban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.