Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera 4WD terbabas 
  • KEMALANGAN

Dua cedera 4WD terbabas 

Utusan Sarawak 5 months ago

Kenderaan pacuan empat roda yang terbabas

LUNDU: Seorang lelaki dan wanita dewasa mengalami kecederaan setelah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas ke dalam parit di Simpang Bau Palm Oil Mill, di sini, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 2.13 petang.

Bertindak segera atas laporan tersebut, sepasukan anggota dengan kekuatan tujuh orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikejarkan ke lokasi yang terletak 37 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi pda 2.55 petang, Komander Operasi memaklumkan kejadian melibatkan dua orang mangsa.

“Mangsa lelaki masih berada di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi mangsa wanita berada di tempat duduk penumpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, setelah penilaian awal di lokasi dilakukan, kedua-dua mangsa tidak berada dalam keadaan tersepit.

Katanya, mangsa lelaki mengadu sesak nafas manakala mangsa perempuan hanya mengalami kecederaan.

“Pasukan keluaran operasi kemudian mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung dan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.36 petang setelah pasukan keluaran operasi memastikan semua keadaan kembali selamat.

Continue Reading

Previous: Lori bawa batu-bata terbalik, jalan jadi sesak
Next: Warga emas maut kemalangan di Kuala Balingian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.