Dua calon hampir bertembung di pusat undian awal

Facebook
WhatsApp
Fadillah tiba kira-kira jam 8.20 pagi dan menghabis masa kira-kira sejam di situ. Setelah Fadillah pulang, kira-kira 20 minit kemudian, muncul Sophian.

KUCHING: Dua calon yang bertanding kerusi Parlimen Petra Jaya hampir bertembung apabila muncul di pusat mengundi awal Dewan MES Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Bagaimanapun, kehadiran calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Fadillah Yusof lebih awal tiba dan kemudian baru disusuli calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sophian Julaihi.

Fadillah tiba kira-kira 8.20 pagi dan menghabis masa kira-kira sejam di situ. Setelah Fadillah pulang, kira-kira 20 minit kemudian, muncul Sophian.

Kedua-duanya sama-sama ‘tujuan’ iaitu meninjau kelancaran proses pengundian awal di samping menyantuni petugas SPR dan  pengundi.

Bagaimanapun setakat ini, calon Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) bagi Parlimen Petra Jaya, Othman Abdillah belum kelihatan.

Untuk rekod, Fadillah telah menyandang kerusi Parlimen Petra Jaya empat penggal berturut-turut sejak memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11) 2004.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus