Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua buruh ditangkap di Lawas, disyaki terlibat kes dadah
  • JENAYAH

Dua buruh ditangkap di Lawas, disyaki terlibat kes dadah

Utusan Sarawak 2 hours ago

TANGKAPAN DADAH… Dua lelaki tempatan bekerja sebagai buruh ditahan bersama bahan disyaki dadah dalam dua operasi berasingan di bandar Lawas dan Pekan Sundar.

LAWAS: Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, mengesahkan penangkapan dua lelaki tempatan yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam kes dadah.

Penangkapan pertama dilakukan pada 10.10 pagi di bandar Lawas melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine. Semakan rekod pula menunjukkan suspek mempunyai satu kes lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

TANGKAPAN DADAH… Dua lelaki tempatan bekerja sebagai buruh ditahan bersama bahan disyaki dadah dalam dua operasi berasingan di bandar Lawas dan Pekan Sundar.

Sementara itu, tangkapan kedua dilakukan pada 12.55 tengah hari di tepi jalan Pekan Sundar membabitkan seorang lelaki berusia 46 tahun.

Pemeriksaan tubuh menemui satu plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.57 gram. Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Suspek juga mempunyai tiga rekod kes lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan terbabit kes curi di stor kontena Miri
Next: Op Tapis Khas IPD Saratok: 113 individu ditahan sepanjang November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.