Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua bot tunda ditahan APMM Bintulu di Kuala Kemena
  • JENAYAH

Dua bot tunda ditahan APMM Bintulu di Kuala Kemena

Utusan Sarawak 13 hours ago
DUA bot tunda ditahan APMM Zon Maritim Bintulu dalam rondaan rutin kerana gagal melapor ketibaan sebelum memasuki kawasan had pelabuhan. Foto APMM Bintulu

BINTULU: Dua bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu dalam rondaan rutin petang semalam kerana disyaki gagal melapor ketibaan sebelum memasuki kawasan had pelabuhan.

Kedua-dua tangkapan dibuat dalam tempoh kurang daripada satu jam di kedudukan 4.9 batu nautika barat laut Kuala Kemena oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia yang melaksanakan Operasi Tiris 3.0 dan Operasi Permai 01/2019.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati dua bot tunda itu sedang berapung dan merapat di sisi tongkang yang sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan kayu balak dari sebuah kapal kargo.

“Tangkapan pertama dibuat pada 4.55 petang ke atas sebuah bot tunda yang dikendalikan oleh empat kru termasuk nakhoda warga Indonesia, seorang kru warga tempatan dan seorang kru warga Myanmar berusia antara 26 hingga 53 tahun.

“Tangkapan kedua pula dibuat pada 5.30 petang melibatkan sebuah lagi bot tunda yang dikendalikan oleh empat kru termasuk nakhoda warga Myanmar serta seorang kru warga tempatan berusia 31 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KRU bot yang berada di atas bot tunda berkenaan semasa pemeriksaan oleh pasukan APMM Bintulu di perairan Kuala Kemena, Bintulu. Foto APMM Bintulu

Beliau berkata, kedua-dua bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 249O iaitu merujuk kepada Seksyen 24(9) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana nakhoda gagal melapor ketibaan sebelum memasuki kawasan had pelabuhan.

Kedua-dua bot bersama kru seterusnya diiring masuk ke Pusat Tahanan Kapal Tunda Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Suffian turut mengingatkan komuniti maritim agar mematuhi segala peraturan ditetapkan dan mengutamakan keselamatan semasa berada di laut.

Sebarang aduan atau maklumat kecemasan boleh disalurkan ke talian 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 84 PATI ditahan dalam Ops Imigresen di Sibu
Next: Suspect brandishing fake pistol caught

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.