Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dua beregu campuran negara ke suku akhir Terbuka Korea 2025
  • SUKAN

Dua beregu campuran negara ke suku akhir Terbuka Korea 2025

Utusan Sarawak 4 days ago
GOH Soon Huat dan Shevon Lai Jemie


KUALA LUMPUR: Dua beregu campuran negara melangkah ke suku akhir Terbuka Korea 2025 yang berlangsung di Gimnasium Suwon, Gyeonggi hari ini.

Pada aksi pusingan kedua, pilihan kelima Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menewaskan gandingan China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying 21-16, 21-13 dalam 31 minit perlawanan.

Pasangan negara dijadual berdepan Yuta Watanabe-Maya Taguchi dari Jepun atau gandingan utama dunia Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China yang turun beraksi dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Bagi Tien Ci-Chiew Sien, mereka diheret beraksi dalam tiga set sebelum berjaya menyingkirkan pasangan Korea Selatan,  Lee Jongmin-Chae Yu Jung 9-21, 21-15, 21-17.

Wakil negara itu dijadual berdepan pemenang bagi pertemuan membabitkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje dan Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia.- Bernama

Continue Reading

Previous: Queenie Ting dan Dylan Leo raih emas buat Sarawak
Next: Sarawak ungguli 5 emas acara memanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.