Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua bekas Ketua Menteri antara calon PRN Sabah ke-17
  • NASIONAL

Dua bekas Ketua Menteri antara calon PRN Sabah ke-17

Utusan Sarawak 7 hours ago
BARISAN calon yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N65 Senallang (dari dua, kiri) Mohd Lipai @ Samsudin Sundalu (Parti Impian Sabah), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN), Datuk Marunda KK Ampong (GRS) dan Abdul Majid Angkulan (Parti Bersama) selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Arena Masyarakat Semporna sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Dua bekas Ketua Menteri bakal mewarnai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 apabila menjadi sebahagian daripada 596 calon bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada hari penamaan calon hari ini, Ketua Menteri Ke-15 yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 68, berdepan saingan empat penjuru mempertahankan DUN Senallang.

Mohd Shafie, Ketua Menteri antara 2018 hingga 2020, memenangi DUN Senallang pada PRN Sabah ke-15 pada 2018 dengan majoriti 5,301 undi dan kemudian mempertahankan DUN itu dengan majoriti 4,631 undi pada PRN lepas.

BENDAHARI UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Foto Bernama

Ketua Menteri Kesembilan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, 68, yang juga Bendahari UMNO Sabah bakal mempertahankan DUN Usukan yang dimenanginya pada PRN lepas dengan majoriti 4,298 undi.

Salleh, Ketua Menteri antara 1994 hingga 1996, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan selama empat penggal.

Salleh yang mewakili Barisan Nasional berdepan saingan enam penjuru antaranya dengan Datuk Japlin Akim yang pernah menjadi ADUN Usukan selama tiga penggal dan Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis juga Ahli Parlimen Kota Belud.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 pada 29 Nov manakala undi awal pada 25 November.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php – Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi sederhana landa Pulau Talaud, Indonesia
Next: Kerajaan usaha tunaikan hak 40 peratus hasil Sabah – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.