Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua bantuan UNIFOR bernilai RM374,700 diluluskan untuk DUN Kalaka
  • Selatan
  • WILAYAH

Dua bantuan UNIFOR bernilai RM374,700 diluluskan untuk DUN Kalaka

Utusan Sarawak 14 hours ago
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan bantuan UNIFOR bagi kawasan DUN Kalaka kepada Mohamad Duri. Foto: ADUN Kalaka

KUCHING: Dua bantuan daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM374,700 diluluskan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka pada fasa kedua tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, beliau telah menerima dua geran tersebut hasil daripada permohonan yang dikemukakan bagi membantu rumah ibadat dan persatuan kebajikan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, antara geran yang diluluskan adalah untuk pembinaan bangunan baharu rumah ibadat Persatuan Agama Buddha Saratok dan pembelian penghawa dingin, meja lipat serta kerusi plastik bagi Persatuan Amal dan Kebajikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok.

“Terima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan UNIFOR atas keprihatinan serta sumbangan dana yang amat bermakna ini,” katanya.

Mohamad Duri berkata, UNIFOR telah banyak membantu dalam menyelesaikan pelbagai keperluan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri, termasuk di kawasan luar bandar.

“Bantuan seperti ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan semua agama terus dihormati dan diberikan sokongan sewajarnya tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke Majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana Rumah-Rumah Ibadat Agama-Agama Lain 2025 Fasa Kedua yang diadakan di Kompleks UNIFOR, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang turut menyerahkan bantuan kepada beberapa wakil penerima dari seluruh negeri.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gelanggang Slingshot Kampung Melango bakal dinaik taraf
Next: Ketua masyarakat Awik tunjuk contoh, jayakan gotong-royong lebuh raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.