Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dua bahagian, satu daerah di Sarawak catat gelombang haba tahap kuning
  • TEMPATAN

Dua bahagian, satu daerah di Sarawak catat gelombang haba tahap kuning

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Dua bahagian dan satu daerah di Sarawak merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.15 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laman sesawang rasmi memaklumkan lokasi itu ialah Bahagian Betong dan Bahagian Sibu selain Daerah Marudi.

Sementara itu, tiada gelombang haba dikesan di kebanyakan daerah dan bahagian dan semua kawasan merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Status tahap jingga atau “heatwave” pula adalah apabila suhu maksimum harian dicatatkan sebagai 38 hingga 40 darjah Celsius dan tahap merah (kecemasan) untuk suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, setakat petang ini, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kebanyakan kawasan di Sarawak pada paras baik.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan bulan ini dengan taburan hujan agak rendah.

Bagaimanapun, jabatan itu tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku tahun ini.

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air di beberapa bahagian di Sarawak
Next: Ops Selamat Aidilfitri: 56 lokasi panas tumpuan 750 pegawai, anggota polis  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.