Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua Ahli Parlimen nafi tarik sokongan kepada Anwar
  • NASIONAL

Dua Ahli Parlimen nafi tarik sokongan kepada Anwar

Utusan Sarawak 2 days ago

FB Chang Lih Kang

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menafikan dakwaan yang tular bahawa mereka bersama sembilan lagi telah menarik sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Perdana Menteri. 

Ia susulan pengumuman Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletak jawatan hari ini. 

Naib Presiden PKR Chang Lih Kang yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyifatkan dakwaan itu sebagai “mengarut”.

“Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan Kabinet untuk menjaga adab dan semangat demokrasi. Yang lain tak perlu nak menangguk di air keruh. Noktah,” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.

Ahli Parlimen Tanjung Malim itu turut memaparkan tangkap layar tular di aplikasi WhatsApp dan Facebook penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau Papagomo, yang tertera perkataan ‘Palsu’.

Paparan itu mendakwa 11 Ahli Parlimen PKR termasuk Rafizi (Pandan), Nik Nazmi (Setiawangsa) serta Chang menarik sokongan terhadap Anwar dan akan mengadakan sidang media pada 30 Mei ini berhubung perkara tersebut.  

Turut tersenarai Tan Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Johor Bahru), Wong Chen (Subang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), Onn Abu Bakar (Batu Pahat) dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (Port Dickson).

Tan menerusi hantaran di Facebook pula menyifatkan dakwaan itu sebagai “fitnah politik yang berniat jahat”.

“Saya menafi sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Muhammad Azri dalam satu hantaran di FB. Pendirian dan idealisme saya dalam perjuangan ini tidak sama sekali berubah walau apapun keputusan pemilihan parti baru-baru ini,” katanya yang memaklumkan bahawa beliau sedang mendapatkan pandangan peguam dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan.

Pada Pemilihan PKR 2025 minggu lepas, Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: PM lulus permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi, keputusan diumumkan kemudian – PMO 
Next: Hubungan Kerajaan Persekutuan, Sabah harus intim, saling percaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.