Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Drama penalti saat akhir selamatkan Liverpool, krisis Salah terus berlarutan 
  • SUKAN

Drama penalti saat akhir selamatkan Liverpool, krisis Salah terus berlarutan 

Utusan Sarawak 5 hours ago

Dominik Szoboszlai meraikan penalti kemenangan di San Siro- Foto AFP

MILAN: Liverpool berjaya meredakan krisis panas dengan Mohamed Salah apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Inter Milan dalam aksi Liga Juara-Juara, hasil penalti lewat permainan yang membuat tuan rumah berang.

Dominik Szoboszlai tenang menyempurnakan sepakan minit ke-88 selepas pengadil Felix Zwayer menghadiahkan penalti yang dianggap “lembut” oleh pemain Inter. 

Penalti itu cukup untuk memberi tiga mata berharga kepada Liverpool, yang turun tanpa Salah — diketepikan susulan kritikannya terhadap Arne Slot.

Penyokong Liverpool di San Siro pula lantang menyanyikan nama Slot selepas perlawanan hambar yang hanya hidup dengan insiden kontroversi hujung permainan.

Andy Robertson mengakui keputusan itu membantu moral pasukan: “Kami semua perlukan kemenangan ini. Prestasi kami tak cukup baik kebelakangan ini, dan kelab ini wajib berada dalam UCL.”

Lautaro Martinez memarahi pengadil Felix Zwayer selepas penalti diberi. – Foto AFP

Inter jelas tidak puas hati selepas Bastoni dituduh menarik baju Florian Wirtz, dengan Piotr Zielinski menyifatkan keputusan itu “boleh menjadikan semua perkara penalti”.

Sebelum itu, gol Ibrahima Konate dibatalkan selepas semakan VAR mendapati bola terkena tangan Hugo Ekitike.

Krisis Salah masih bergolak

Kemenangan ini hadir di tengah kemelut Salah–Slot yang semakin meruncing. 

Slot mengakui dia “tiada petunjuk” sama ada Salah akan bermain lagi untuk Liverpool selepas bintang Mesir itu mendakwa dirinya “ditolak ke bawah bas” dan hubungan dengan jurulatih sudah putus.

Media Arab melaporkan minat kelab Saudi untuk mendapatkan Salah pada Januari, walaupun pemain itu baru menandatangani kontrak baharu April lalu.

Virgil van Dijk berkata: “Situasi ini sukar untuk semua. Antara Mo dan kelab, ada benda berlaku. Tapi fokus kami tak berubah.”

Inter sengal, Liverpool tidak menyerlah 

Inter jarang mengancam meskipun Liverpool tidak berada pada tahap terbaik dan kehilangan beberapa tonggak lain seperti Cody Gakpo, Federico Chiesa dan Wataru Endo.

Inter hanya melakukan percubaan pertama pada minit ke-37, sementara Liverpool hampir membuka tirai menerusi Curtis Jones dan Ryan Gravenberch.

Lautaro Martinez pula mensia-siakan peluang terbaik separuh masa pertama apabila tandukannya tepat ke dakapan Alisson.

Babak kedua lebih hambar, sehinggalah penalti kontroversi Szoboszlai memastikan Liverpool kini mengumpul 12 mata dan berada dalam kelompok lapan teratas — zon tiket automatik ke pusingan 16 terbaik.

Inter pula jatuh ke tangga kelima dan bakal melalui laluan sukar dengan baki perlawanan menentang Arsenal dan Borussia Dortmund. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool curi tiga mata, Chelsea tumpas 
Next: Slot elak ulas lanjut isu Salah selepas kemenangan lewat ke atas Inter Milan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.