Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dr. Zulkifli positif Covid-19
  • NASIONAL

Dr. Zulkifli positif Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
MENTERIdi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, semalam.

“ Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Alhamdulillah sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

“Saya menyeru orang ramai yang hadir majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera,” katanya.

Zulkifli turut mendoakan semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19.

Sementara itu, dalam akaun Facebook rasminya, Zulkifli memaklumkan bahawa bantuan Musa’adah Khas Siswa Siri 2 kepada siswa yang terkandas akan diteruskan oleh agensi di bawah kementeriannya.

“Program Musa’adah Covid-19 yang telah diatur akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia. Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan,barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini.

“Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa.

Pandemik Covid-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan.

Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang individu yang menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas disahkan positif Covid-19.

Beliau berkata, individu berkenaan tidak mempunyai sebarang gejala dan kini telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan,pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada.- Bernama

Continue Reading

Previous: UTeM laksana sesi pengajaran, pembelajaraan dalam talian
Next: 150 pegawai perubatan ditawar jawatan tetap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.