Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dr. Tunza Mohd Riduan kini Fellow MIM, sumbang kepimpinan dan pembangunan bakat
  • NASIONAL

Dr. Tunza Mohd Riduan kini Fellow MIM, sumbang kepimpinan dan pembangunan bakat

Utusan Sarawak 5 hours ago
 KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Institute of Management (MIM) Kabenesh Eliathamby menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Dr. Tunza.

KUALA LUMPUR: Institut Pengurusan Malaysia (MIM) secara rasmi menerima Profesor Is. Dr. Tunza Mohd Riduan sebagai Fellow institut berkenaan, membolehkannya menggunakan singkatan pascanama FMIM yang menandakan gred keahlian tertinggi badan profesional itu.

Dr. Tunza berkata, pengiktirafan tersebut bukan sahaja satu penghormatan besar, malah menjadi dorongan untuk beliau terus menyumbang kepada pembangunan kepimpinan dan modal insan negara.

“Pengiktirafan sebagai Fellow Institut Pengurusan Malaysia ini adalah satu penghormatan besar dan pada masa sama menjadi tanggungjawab untuk saya terus menyumbang kepada pembangunan kepimpinan serta modal insan negara,” katanya.

Pengiktirafan itu dimuktamadkan di bawah Mohor Rasmi Institut Pengurusan Malaysia menerusi sijil yang ditandatangani Pengerusi MIM, Datuk Zainal Amanshah Zainal Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kabenesh Eliathamby pada 28 Januari lalu.

Beliau yang berpangkalan di Kuala Lumpur dikenali sebagai tokoh yang aktif dalam bidang pengurusan dan pembangunan, termasuk usaha memperkukuh pembangunan modal insan (HCD) di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menurutnya, pembangunan modal insan perlu terus diperkasakan kerana ia menjadi asas penting kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

“Saya sentiasa percaya bahawa ilmu sebenar tidak boleh dibeli, sebaliknya diperoleh melalui usaha, pengalaman hidup dan kesungguhan untuk terus belajar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan memberi peluang kedua kepada individu yang ingin memperbaiki kehidupan, khususnya melalui program pemulihan di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Katanya, usaha pemulihan yang berkesan memerlukan gabungan latihan kemahiran teknikal serta pembinaan sahsiah, selain kerjasama erat antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dr. Tunza juga menjelaskan bahawa model kerja hibrid berpotensi meningkatkan produktiviti dalam era digital sekiranya diurus dengan kepimpinan yang berasaskan empati dan kepercayaan.

“Masyarakat juga perlu memberi peluang kedua kepada individu yang ingin memperbaiki kehidupan mereka kerana proses pemulihan memerlukan sokongan daripada kerajaan, NGO dan komuniti,” katanya.

Selain itu, beliau turut aktif dalam khidmat masyarakat dan aktivisme sosial, dengan menekankan bahawa kepimpinan berkesan mampu memperkukuh daya saing ekonomi melalui semangat keusahawanan

Dr. Tunza juga berkhidmat dalam Panel Penasihat Politik, Ekonomi dan Sosial bagi Kerajaan Malaysia yang membolehkannya menyumbang pandangan terhadap pembentukan dasar serta strategi pembangunan negara.

Sepanjang kerjayanya, beliau turut berperanan sebagai ahli akademik, pensyarah, penceramah dan penyelidik dalam usaha merapatkan jurang antara dunia akademik dan aplikasi praktikal.

Pengiktirafan sebagai Fellow MIM itu sekali gus mengiktiraf kepakaran beliau dalam bidang latihan korporat serta pembangunan bakat, selain menyokong usaha melahirkan pemimpin beretika dan berdaya saing bagi menghadapi cabaran masa depan.

Continue Reading

Previous: Malaysia cadang kerjasama dengan Amerika dalam penyelidikan jagung manis, kacang soya
Next: Syarikat penerbangan kaji semula tambang berikutan kenaikan harga bahan api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.