Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dr. Sim serah van jenazah, rasmikan Bilik Pengurusan Jenazah di Masjid Darus Sakinah
  • Selatan
  • WILAYAH

Dr. Sim serah van jenazah, rasmikan Bilik Pengurusan Jenazah di Masjid Darus Sakinah

Utusan Sarawak 1 day ago
BERSAMA… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bersama komuniti setempat meraikan penyerahan van jenazah serta perasmian Bilik Pengurusan Jenazah di Masjid Darus Sakinah, Batu Kawa.

KUCHING: Majlis penyerahan van jenazah dan perasmian Bilik Pengurusan Jenazah telah berlangsung di Masjid Darus Sakinah, Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa.

Acara disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dalam melancarkan urusan pengurusan jenazah serta menambah baik kemudahan masjid untuk kegunaan komuniti.

Menurut Dr. Sim, kemudahan baharu itu bukan sahaja memudahkan urusan penduduk dalam pengurusan jenazah, tetapi turut mencerminkan usaha kerajaan dan komuniti berganding bahu menambah nilai kepada pembangunan kawasan.

“Batu Kawa kini berubah wajah dengan pelbagai kemudahan moden termasuk taman tebingan, projek mitigasi banjir serta kemudahan komuniti seperti bilik pengurusan jenazah ini. Semua ini adalah bukti apabila kerajaan, pihak swasta dan rakyat bekerjasama, kita mampu membangunkan kawasan secara menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyerahan van jenazah dan perasmian Bilik Pengurusan Jenazah di Masjid Darus Sakinah, Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, hari ini.

KENANGAN… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bergambar bersama ahli jawatankuasa masjid dan penduduk Kampung Sinar Budi Baru selepas majlis penyerahan van jenazah dan perasmian Bilik Pengurusan Jenazah.


Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam bidang perubatan serta kesihatan, di samping memastikan generasi muda diberi peluang melanjutkan pelajaran bagi menyokong usaha membina Sarawak yang maju dan makmur.

“Seperti mana kita lihat di Hospital Umum Sarawak, kejayaan dalam penyelidikan kanser dan perubatan adalah hasil bakat dan dedikasi anak Sarawak sendiri. Begitu juga di peringkat komuniti, setiap pembangunan harus menambah nilai, bukan sekadar membina rumah atau infrastruktur, tetapi memberi manfaat jangka panjang,” jelas beliau.

Tambahnya, Batu Kawa kini sedang menikmati pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan jambatan baharu, pusat membeli-belah, projek perumahan serta sistem Transit Aliran Automasi (ART) yang bakal menghubungkan kawasan berkenaan dengan pusat bandar Kuching.

“Dulu orang anggap Batu Kawa jauh, tetapi sekarang ia menjadi tumpuan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas, satu petanda positif pembangunan. Apa yang penting, kita mesti terus bersatu padu dalam membangunkan kawasan ini,” ujarnya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ekspo Pendidikan Daro dedah peluang IPTA, sokong aspirasi negeri berilmu
Next: Perarakan Datuk Bandar platform penyatuan dan gaya hidup sihat Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.