Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dr Sim Kui Hian hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

Dr Sim Kui Hian hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Simanggang

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran SUPP Cawangan Simanggang yang berlangsung meriah di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman, semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semalam menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang yang berlangsung meriah di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman, dengan kehadiran ribuan pengunjung dari sekitar bandar itu dan kawasan berhampiran.

Majlis tersebut dianjurkan sebagai tanda penghargaan parti kepada masyarakat yang terus menyokong perjuangan SUPP dalam membawa pembangunan kepada rakyat, selain menjadi platform mendekatkan pemimpin parti dengan komuniti setempat serta ketua-ketua jabatan.

Walaupun sambutan daripada masyarakat sangat menggalakkan, kehadiran rakan daripada kaum Melayu agak terhad berikutan majlis berlangsung serentak dengan bulan Ramadan.

DATUK Amar Dr Sim Kui Hian menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran SUPP Cawangan Simanggang yang berlangsung meriah di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman, semalam. Foto: ADUN Simanggang

Pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, termasuk tarian singa, tarian naga, persembahan tarian tradisional serta nyanyian dan tarian moden oleh golongan remaja.

Pengerusi penganjur, Kapitan Sii Tong Kwang ketika menyampaikan ucapan alu-aluan merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang hadir sejak awal serta jawatankuasa yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar.

Sementara itu, Pengerusi SUPP Cawangan Simanggang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis memuji usaha penganjur kerana berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung termasuk dari rumah panjang dan kawasan perumahan sekitar.

DATUK Amar Dr Sim Kui Hian menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran SUPP Cawangan Simanggang yang berlangsung meriah di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman, semalam. Foto: ADUN Simanggang

Menurutnya, keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak yang terus dipupuk menjadi kekuatan utama negeri ini, selaras dengan aspirasi kepimpinan kerajaan negeri di bawah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau turut menyentuh sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini yang melambangkan semangat pantas dan tangkas dalam meneruskan usaha membawa pembangunan kepada rakyat.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr Sim merakamkan penghargaan kepada SUPP Cawangan Simanggang kerana menjemput beliau sebagai tetamu kehormat serta menyatakan kegembiraan melihat perpaduan masyarakat yang terus kukuh.

Beliau turut memuji pembangunan pesat di Simanggang yang diterajui Francis Harden Hollis serta mengajak rakyat terus menyokong kerajaan Sarawak dalam usaha memacu pembangunan negeri.

Turut hadir beberapa pemimpin parti dan tetamu jemputan termasuk Dato’ Sri Richard Riot Jaem, Datuk Ding Kuong Hiing dan Dato Ir Lo Khere Chiang, selain pengasas SUPP Cawangan Simanggang, Datuk Tan Chong Meng serta barisan ketua jabatan tempatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perpaduan unik di Saratok, berbuka puasa di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina
Next: Perpaduan kaum sebagai teras keharmonian komuniti luar bandar – Roy Gingkoi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.