Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Dr Sim bangkit isu perjawatan kesihatan Sarawak di bawah MA63
  • KESIHATAN

Dr Sim bangkit isu perjawatan kesihatan Sarawak di bawah MA63

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, bercakap kepada pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk Bersama Komuniti Sempena Ramadan 2026 di Pasar Komuniti Stutong, hari ini. Foto Levrone Aigle 

KUCHING: Beberapa isu teknikal berkaitan pelaksanaan dasar kesihatan di Sarawak akan dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau, terdapat dasar digubal di peringkat Persekutuan yang tidak mengambil kira kekangan kuasa serta keperluan khusus Sarawak, termasuk aspek kelayakan dan penempatan tenaga kerja kesihatan.

“Kadang-kadang dasar nasional dibuat dengan anggapan ia boleh dilaksanakan di seluruh Malaysia, tetapi kuasa tertentu tidak diberikan kepada Sarawak. Jadi bagaimana kita hendak laksanakan dasar itu sepenuhnya di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk Bersama Komuniti Sempena Ramadan 2026 di Pasar Komuniti Stutong, di sini, hari ini.

Dr Sim memberi contoh keperluan perjawatan di hospital utama negeri ini yang masih belum setara dengan hospital bersaiz sama di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, hospital dengan kapasiti 1,000 katil di Sarawak mempunyai kira-kira 4,500 kakitangan, manakala hospital setara di Semenanjung mempunyai sekitar 5,500 kakitangan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan doktor, jururawat dan paramedik di Sarawak memikul beban tugas yang lebih berat berikutan pertambahan perjawatan tidak seiring dengan keperluan semasa.

Bagaimanapun, beliau menegaskan komitmen petugas kesihatan di negeri ini wajar dihargai kerana terus memberikan perkhidmatan terbaik walaupun berdepan kekangan sumber.

“Apa yang penting, kita mahu penyelesaian yang adil dan praktikal supaya rakyat Sarawak mendapat perkhidmatan kesihatan yang setara,” ujarnya.

oleh Adele Rissa

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Sarawak rekod 332 kes tibi, ketiga tertinggi di Malaysia setakat ini
Next: KKM pergiat usaha pengukuhan kawalan keselamatan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.