Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dr Richard Rapu terima kunjungan SMK Saribas, bincang sambutan Jubli Intan dan infrastruktur sekolah
  • WILAYAH

Dr Richard Rapu terima kunjungan SMK Saribas, bincang sambutan Jubli Intan dan infrastruktur sekolah

Utusan Sarawak 20 hours ago
KUNJUNGAN… Dato Dr. Richard Rapu telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengurusan Sekolah dan Exco PIBG SMK Saribas di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Betong, hari ini. Foto Dr Richard Rapu

BETONG: Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengurusan Sekolah dan Exco Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas bagi membincangkan pelbagai agenda pembangunan pendidikan.

​Pertemuan tersebut bertujuan untuk memperincikan perancangan program serta hala tuju sekolah bagi memastikan institusi berkenaan terus relevan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti di kawasan tersebut.

​Dalam kenyataannya, Dr. Richard memaklumkan bahawa antara fokus utama kunjungan ini adalah bagi membincangkan persiapan Sambutan Jubli Intan (60 Tahun) SMK Saribas yang bakal disambut dengan penuh bermakna pada tahun ini.

​Selain sambutan bersejarah tersebut, perbincangan turut menyentuh mengenai perancangan pembangunan infrastruktur sekolah yang memerlukan perhatian khusus bagi meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

KUNJUNGAN… Dato Dr. Richard Rapu telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pengurusan Sekolah dan Exco PIBG SMK Saribas di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Betong, hari ini. Foto Dr Richard Rapu

​Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan kemudahan pendidikan di SMK Saribas menjadi lebih kondusif, selamat dan mampan bagi keselesaan seluruh warga sekolah termasuk guru dan kakitangan.

​Rombongan seramai empat orang tersebut diketuai oleh Pengetua SMK Saribas, Nur Liana Lim Abdullah, yang turut berkongsi aspirasi sekolah dalam memacu kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

​Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Abang Akim Amzah; Penolong Kanan Pentadbiran, Gary Tindi Guang; serta Timbalan Yang Dipertua PIBG, Mohamad Bohari.

​Kunjungan hormat ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara pihak sekolah dan pihak berkepentingan, sekali gus memastikan pembangunan pendidikan di kawasan Betong terus diperkasa secara berterusan.

​

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gelombang kedua banjir, tiga kampung Hulu Sungai Sibuti masih ditenggelami air
Next: KPD Sri Aman puji komitmen anggota, tekan integriti dalam perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.