Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dr Parusuraman dilantik Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak
  • TEMPATAN

Dr Parusuraman dilantik Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago

Dr Parusuraman (kanan) menerima dokumen serah tugas daripada Dasuki sambil disaksikan Mancha (tengah) di IPK Sarawak, Kuching, semalam. - Foto ihsan FB Polis Sarawak

KUCHING: Senior Asisten Komisioner (SAC) Dr Parusuraman Subramaniam dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Dasuki Che Driss yang memangku jawatan itu sebelum ini. 

Majlis terima tugas itu disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, semalam.

Sebelum serah terima tugas itu, Mancha menyemat lencana pangkat SAC kepada Dr Parusuraman.

Turut diadakan pada majlis itu, serah terima jawatan Ketua Jabatan Lojistik Sarawak oleh SAC Zulkifli Abu Bakar kepada Deputi Superintendan Aleng Lamat yang akan memangku jawatan itu.

Zulkifli berpindah ke Bukit Aman dengan menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan Bahagian Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik Dan Teknologi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah serta pegawai-pegawai kanan IPK Sarawak serta isteri Dr Parusuraman, Geethanjali Rajoo.

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi tunaikan Solat Jumaat di Masjid Darul Hana
Next: Dr Rundi desak undang-undang khas kawal jual beli logam kitar semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.