Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dr. Mahathir tidak berhasrat bertanding PRU
  • NASIONAL

Dr. Mahathir tidak berhasrat bertanding PRU

Utusan Sarawak 5 years ago

LANGKAWI, 26 Sept -- Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan ketika ditemu bual di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, hari ini. Ahli Parlimen Langkawi itu tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya dilaksanakan mengikut tempoh penggal semasa memandangkan usianya sudah mencecah 98 tahun ketika itu. Namun bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu bersedia menawarkan nasihat serta berkongsi pengalaman dengan parti yang baru ditubuhkannya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) jika perlu. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA LANGKAWI, Sept 26 -- Tun Dr Mahathir Mohamad speaking to reporters when met at his Langkawi MP service centre today. The Langkawi Member of Parliament said he would not contest in the coming general election (GE) if it is held according to schedule as he would be 98-years-old then. The former prime minister, however said, he would be willing to offer advice and share his experiences with members of his party, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

POWER RANGERS… Seorang pengundi di SMK Tansau,kira-kira 13 kilometer dari Kota Kinabalu mengenakan kostum adiwira ‘Power Rangers’ berwarna putih dilengkapi pedang mainan semasa mengundi. • Foto BERNAMA

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya dilaksanakan mengikut tempoh penggal semasa memandangkan usianya sudah mencecah 98 tahun ketika itu.

Namun bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu bersedia menawarkan nasihat serta berkongsi pengalaman dengan parti yang baru ditubuhkannya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) jika perlu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui wakil media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di sini semalam.

Ditanya jika ada keperluan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU pada ketika ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata penularan pandemik Covid-19 menyukarkan perkara tersebut.

“Dalam keadaan biasa boleh (dibubarkan) kerana PRU beri balik kuasa kepada rakyat tentukan siapa jadi kerajaan. Tetapi waktu ini negara hadapi masalah Covid-19, masalah ini menyebabkan kos untuk mengadakan PRU tinggi dan mendedahkan rakyat kepada penularan penyakit itu.

“Saya yakin kalau PRU diadakan seperti biasa, ramai rakyat akan terkena Covid-19, ramai akan maut, meninggal dunia. Soalnya sama ada kita lebih utamakan politik atau nyawa rakyat?,” katanya.

Isu PRU kembali dibangkitkan sesetengah pihak selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lepas mendakwa menerima sokongan yang ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Untuk rekod, penggal Parlimen Ke-14 akan tamat pada 16 September 2023. – Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Power Rangers’ turun mengundi
Next: Kurangkan birokrasi, jangan hilang bakat muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.