Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dr Mahathir dibenar home leave oleh IJN
  • NASIONAL

Dr Mahathir dibenar home leave oleh IJN

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto fail

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan patah tulang pinggul, dibenarkan menjalani home leave sejak dua hari lepas susulan perkembangan pemulihan yang memuaskan. 

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata pasukan perubatan IJN setakat ini berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan kesihatan serta tindak balas bekas Perdana Menteri itu terhadap rawatan dan fisioterapi yang diberikan.

“Hari ini genap sebulan Dr Mahathir dirawat dan sejak dua hari lepas, pada 4 dan 5 Februari, Dr Mahathir telah dibenarkan home leave iaitu pulang dan tidur di kediaman beliau. Di sebelah siang pula, Dr Mahathir ke IJN untuk meneruskan rawatan dan pemerhatian pihak perubatan.

“Walaupun dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat Dr Mahathir tetap berada dalam pemantauan pasukan perubatan IJN,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sufi berkata Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Beliau berkata pakar perubatan masih menasihatkan supaya Dr Mahathir tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat buat masa ini. 

Pemimpin berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lepas, selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, di sini dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.- Bernama

Continue Reading

Previous: 16 kementerian selesai menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Next: HRD Corp gantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.