Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dr John Brian kini Presiden PBDS baharu
  • TEMPATAN

Dr John Brian kini Presiden PBDS baharu

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK KENANGAN…..Dr John Brian Anthony (lima kiri) merakam kenangan bersama barisan ahli jawatankuasa baharu PDBS selelas TDC parti itu, hari ini.

SIBU: Dr John Brian Anthony telah dipilih sebagai Presiden baharu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti itu di salah satu hotel terkemuka, di sini hari ini.

Persidangan berkenaan diadakan bagi memilih barisan kepimpinan baharu parti itu untuk penggal 2025-2028.

Dr Bernard Tahim dan Leighton Manjah masing-masing dipilih sebagai Timbalan Presiden dan Pengerusi Tetap.

Tiga jawatan Naib Presiden pula disandang oleh Dr Bego Sepop, Peter Asut dan Puso Bujang.

Pilihan raya parti itu turut menyaksikan Jerry Robert dipilih sebagai Ketua Pemuda, manakala Simon Peterson Awan sebagai Timbalan Bendahari Agung.

Saging Alun dan Marylyn Mitsui masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Wanita.

Jawatan Setiausaha Agung akan dilantik dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu dalam tempoh dua minggu selepas TDC.

Seramai 15 ahli Majlis Tertinggi yang dipilih ialah Michael Samuel, Derrick Wat, Ambun Nyanggah, Elia Unggak, Aina Duot, Dennis Enggau, Lalai Kawang, Lansanda Alik, Robert Siting, Wen Achat, Muking Amut, Mimi Stephen, Cornelius Saligie, Arundi Ganjur dan Lemadau (hanya nama pertama diperoleh).

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN Pelawan bantu selesaikan pengesahan SKAS warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.