Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dr Abdul Rahman pantau projek RTP di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Dr Abdul Rahman pantau projek RTP di Limbang

Utusan Sarawak 14 hours ago
MENYUSUR KAMPUNG...Dr Abdul Rahman menyusuri kawasan kampung untuk melihat projek RTP yang dilaksanakan.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail turun padang melawat tiga projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Projek berkenaan melibatkan cadangan pembinaan Bangunan PERKIM Cawangan Limbang, Dewan Persatuan Badminton Limbang (PBL) serta naik taraf Surau Kampung Penapak.

Beliau memaklumkan bahawa pembinaan Bangunan PERKIM di Jalan Kubu akan dilaksanakan di atas tanah milik PERKIM Pusat Kuching dengan anggaran kos RM3 juta, manakala reka bentuk akan disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Projek itu dijangka bermula hujung tahun ini, tertakluk kepada kelulusan dana yang akan dipohon kepada Premier Sarawak.

BENTANG PELAN…Dr Abdul Rahman melihat pelan bagi projek yang sedang dilaksana oleh agensi bertanggungjawab dilokasi.

“Bagi Dewan Persatuan Badminton Limbang, projek ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan peruntukan awal RM500,000 tahun ini, melibatkan pembinaan empat gelanggang serta kemudahan parkir, dengan anggaran kos keseluruhan RM2 juta dan dijangka siap menjelang 2028.

“Sementara itu, projek pembinaan surau baharu Kampung Penapak kini kembali berjalan selepas isu pemadatan tanah diselesaikan. Kerja cerucuk akan bermula bulan hadapan dan projek dijangka siap serta boleh digunakan sekitar September hingga Oktober tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan petang semalam.

Turut hadir, Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang, Datin Dayang Maimunah Awang Daud; Timbalan Residen Bahagian Limbang, Marie Rozita; wakil Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Polycarp Pascha Peter; Jurutera Awam JKR Limbang, Hadiana Simatzaman; wakil Pegawai Daerah Limbang, Ir Aizatul Nabilah Suhermanto serta lain-lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Kebakaran hutan belukar antara insiden paling mencabar untuk dipadamkan
Next: Pelan pembangunan berterusan wujudkan peluang ekonomi untuk rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.