Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dr Abdul Rahman adakan lawatan kerja ke tapak projek RTP di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Dr Abdul Rahman adakan lawatan kerja ke tapak projek RTP di Limbang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
NAIK TARAF…Dr Abdul Rahman meninjau lebih dekat perkembangan kerja naik taraf projek Medan Selera Limbang.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tapak Projek Rural Transformation Project (RTP) di bawah Majlis Daerah Limbang (MDL) iaitu Padang Desa Pabahanan, Dataran Bandar Limbang, Tebingan Sungai Limbang dan Medan Selera Limbang.


Hasil lawatan ke Padang Desa Pabahanan, beliau telah memaklumkan tentang perancangan bagi menambah baik keadaan padang yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.


Manakala bagi Dataran Bandar Limbang, kawasan tersebut akan ditambah baik dengan menyediakan tempat permainan kanak-kanak.


Bagi Projek Tebingan Sungai Limbang yang dilengkapi dengan prasarana seperti kawasan tempat letak kereta dan kawasan perniagaan, setakat ini kerja pembinaan berjalan dengan baik dan dijangka akan siap sepenuhnya pada awal tahun 2026.


ADUN Bukit Kota turut melawat projek Medan Selera Limbang yang melibatkan kerja penambahbaikan yang akan dilakukan bagi memastikan keselesaan peniaga serta pengunjung di kawasan tersebut.


Turut hadir Kr Sufian Mohat, Pengerusi MDL, Ir Aizatul Nabilah Suhermanto, Jurutera Awam JKR Limbang, Boniface Lalang, Penolong Jurutera MDL, Razis Norudin, Penolong Jurutera MDL dan Roslan Abdul Rahman, Setiausaha Eksekutif Pusat Khidmat Masyarakat DUN N79 Bukit Kota.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha perlu dipergiat kekalkan sukan tradisional gasing
Next: Inisiatif SejaTi MADANI perkasa ekonomi kampung di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.