Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DPN galakkan lebih aktiviti pelancongan
  • TEMPATAN

DPN galakkan lebih aktiviti pelancongan

Utusan Sarawak 4 years ago
DATO’ Sri Nancy Shukri ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Tekong Chin San Yen di Kampung Muara Tebas pada Jumaat lalu

KUCHING: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya telah melancarkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) bagi mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang bertujuan menggalakkan lebih aktiviti pelancongan di negeri ini.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Dato’Sri Nancy Shukri berkata,kawasan Muara Tebas dibawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut mempunyai potensi yang luas dalam menambah
aktiviti yang boleh dijadikan sebahagian ekopelancongan dalam menarik minat pelancong ke tempat itu.

“Ini adalah salah satu daripada strategi kita di bawah Dasar Pelancongan Negara kerana pada masa ini kita menarik minat orang tempatan sebab orang luar tidak boleh datang disebabkan oleh wabak pademik Covid-19 ini.

“Namun begitu, bercakap mengenai kualiti pelancong yang sanggup membayar untuk datang ke tempat ini dengan menggunakan diskaun baucar, ia sedikit sebanyak membantu dengan menggalakkan pelancongan dalam negeri boleh datang ke tempat ini dan mereka bukan sahaja terdiri daripada pelancong biasa.

“Kita hendak menggalakkan pelancong yang berani berbelanja untuk datang ke tempat seperti ini dan membantu menambahkan lagi pendapatan penduduk,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Tekong Chin San Yen di Kampung Muara Tebas pada Jumaat, lalu.

Terdahulu, beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni serta rombongan telah melawat Pasar Tani Nelayan Kampung Muara dan diikuti jeti Kampung Muara Tebas serta Tekong Ching San Yen bagi melihat nilai sejarah yang berusia 200 tahun sebelum menjamu selera di Restoran Sin Soon Lee Seafood.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Projek jambatan bakal siap 2025
Next: CPPC Kubong siap Mei tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.