Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DPMM cadang Skim Pengembara diperluas kepada pekerja Malaysia di luar negara
  • NASIONAL
  • TEMPATAN

DPMM cadang Skim Pengembara diperluas kepada pekerja Malaysia di luar negara

Utusan Sarawak 13 hours ago
DPMM cadang Skim Pengembara diperluas kepada pekerja Malaysia di luar negara. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mencadangkan agar Skim Pengembara di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diperluas kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara termasuk di Australia, Arab Saudi, Mesir dan Dubai.

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata, skim itu penting bagi melindungi pekerja rentas sempadan, yang terdedah kepada pelbagai risiko harian.

“DPMM turut menyokong pelaksanaan skim berkenaan, yang dijangka memberi perlindungan kepada lebih 400,000 rakyat Malaysia, khususnya pekerja yang berulang-alik ke Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam sesi pertemuan bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, termasuk cadangan berkaitan program peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi pekerja sektor gig serta perlindungan kepada pengusaha ekonomi gig.

Norsyahrin berkata, pendekatan Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang memberi fokus kepada pelaksanaan dasar berimpak tinggi dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran menterinya, mencerminkan komitmen memperkukuh kebajikan pekerja.

Norsyahrin berkata, DPMM bersedia bekerjasama rapat dengan KESUMA bagi memastikan setiap inisiatif dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Skim Pengembara yang diperkenalkan Perkeso bertujuan menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura, dengan pelaksanaannya dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.

Semalam, Ramanan dilaporkan berkata, kerajaan akan memperkukuh kerjasama strategik dengan DPMM dalam usaha memperkasakan tenaga kerja tempatan serta meningkatkan akses kepada kemudahan latihan bagi komuniti usahawan Melayu. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Lebih 100,000 pelawat kunjungi destinasi legasi P. Ramlee setiap tahun
Next: Kerajaan pergiat usaha pastikan pegawai perubatan siswazah kekal berkhidmat – KPPA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.