Oleh: Zainulariffin Zawawi
“KRING………………………………………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Deringan loceng berbulat merah telah pun bergema di seluruh kawasan sekolah bak deringan jam penggera. Larian tapak kaki semua pelajar melangkah keluar dari kelas masing-masing bersorak gembira. Menandakan waktu persekolahan telah tamat. Sambutan Hari Gawai semakin dekat. Raihan kembali ke dormnya sambil memimpin beg sekolah berwarna biru. Raihan baru berpindah ke sekolah ini kerana keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dari sekolah lamanya sangat cemerlang. Disebabkan keputusan peperiksaannya cemerlang, dia mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah sekolah yang berasingan dari perkampungan bagi mengambil jurusan yang dia minati.
Raihan duduk bersila di bawah katil dua tingkat sambil melipat pakaian kerana dia bakal berangkat pulang ke Mukah petang nanti. Dia rindu akan tempat asalnya setelah dia duduk berjauhan dari keluarganya. Dia juga rindu pada rakannya yang berada di sana. Ketika itu, telefon bimbitnya berdering, memaparkan panggilan dari skrin yang tertera “Ibu”. Dia segera meleret skrin panggilan ke kanan dan telefon.
“Assalamualaikum ibu,” jawab Raihan santun. Dia menumpukan panggilan ibunya dengan penuh khusyuk. Selepas itu, senyuman wajahnya tidak kekal lama.
“Yakah ibu? Bila?” tanya Raihan. Ibu Raihan memberitahu bahawa ibu tidak dapat menjemputnya kerana bapa saudaranya telah dikejarkan ke hospital kerana pengsan. Namun, ibu Raihan memberitahunya lagi bahawa ibu tetap akan menjemputnya pada pagi esok.
“Baik ibu, kelak Raihan beritahu pada warden Raihan. Ah. Itu sajalah. Assalamualaikum.” Dia menutup panggilan dan sambung melipat.
***
Raihan membawa beg sekolah dan bagasinya menuju ke dorm khusus yang terletak di belakang blok makmal. Dia membuka pintu yang tidak berkunci. Dia meletakkan beg sekolah dan bagasinya di sebelah katil kosong berhampiran pintu yang dia bukakan tadi. Pintu, dia biarkan dibuka. Raihan meronda seluruh kawasan di dalam dorm. Raihan merasakan ada sesuatu yang tidak kena di sebalik dorm itu. Merasakan bahawa dorm yang dia duduki bagaikan tiada berpenghuni. Seolah-olah dorm itu sudah lama ditinggalkan. Tetapi, Raihan mengambil keputusan untuk mengabaikannya. Pintu dorm diketuk. Kepala Raihan mengalih ke belakang. Menuju ke luar pintu untuk keluar. Tiba-tiba…
“Allah, astaghfirullahalazim. Cikgu. Terkejut saya.” Tapak tangan kanan mendabik dadanya kerana terkejut disebabkan kehadiran seorang warden asrama yang bermuncul secara tiba-tiba.
“Maafkan cikgu. Buat kamu terkejut tadi.” kata Cikgu Muslim, iaitu Warden Asrama. “Jangan risau, Raihan. Bukan kamu seorang saja yang tinggal, ada tiga pelajar senior akan turut serta bersama kamu tinggal di dorm ini. Mereka itu okey, tak usah risaulah ya.” Penerangan dari Cikgu agak singkat.
Dia hanya mengangguk kepalanya sahaja. Cikgu Muslim terus beredar darinya di hadapan dorm tersebut. Raihan berbaring di atas katil seusai menyapu lantai di dalam dorm. Seluruh jasadnya berkeringat dengan kepenatan umpama baterinya telah habis. Dilena pula dengan kipas siling yang berputar laju umpama putaran kipas helikopter. Ketika dia terlena, lengan tangan kanan seseorang menghala ke paha Raihan.
“Woi. Woi. Bangun woi.” seseorang bersuara garau membangkitkan Raihan. Badannya segera bangkit perlahan-lahan. Membuka kedua belah matanya yang mengantuk sambil melihat seseorang di hadapannya.
“Dah senja ini. Kamu tak mandikah.”
Seluruh lampu di dalam dorm terang-benderang bagaikan pesta. Seseorang yang membangkitkan Raihan tadi duduk di sebelah katilnya manakala yang lain pula sedang membersihkan diri di luar.
“Kamu budak barukah?”
“Ya bang. Abang ini siapa?” tanya Raihan.
“Saya Yusuf. Panggil abang Yusuf saja.” Yusuf berjabat tangannya kepada Raihan sambil memperkenalkan diri mereka masing-masing.
Muncul pula dua rakan Yusuf yang masih bertuala di dorm setelah mereka selesai mandi. “Kamu dah bangun. Ini ada sebungkus Mi Goreng buat kamu. Kamu makanlah.”
Raihan mengucap terima kasih kerana mereka membeli makanan kepadanya. Mereka berdua menghala pula ke arah Raihan dan berjabat tangan.
“Victor.” Berjabat tangan pertama.
“Latif.” Berjabat tangan kedua. “Cikgu kata. Kamu mahu bermalam di sini. Betulkah.” tanya Latif.
“Betul bang. Sepatutnya saya balik ke Mukah petang tadi. Tapi ada masalah sikit sebab ibu saya berada di hospital. Temankan pak lang saya di sana kerana pengsan. Itu sebabnya ibu saya tak dapat jemput saya hari ini.” jelas Raihan.
“Kamu bila balik?” tanya Victor.
“Esok bang.” balas Raihan.
Victor mengangguk kepala.
“Abang bertiga tak balik kampungkah.” tanya Raihan lagi.
“Kami tak boleh balik. Kami kena denda.” balas Yusuf.
“Kena denda! Kenapa?”
“Kami bertiga kena denda sebab menghendap pelajar perempuan mandi di tandas. Masa itu kami tak fikir panjang. Sehingga kami dikantoikan oleh Cikgu Muslim di belakang kami. Kami ditahan dan dibawa ke bilik pengetua untuk menerangkan perbuatan kami ini.” kata Latif. “Pengetua mengenakan denda pada kami. Dendanya, kami tidak boleh balik kampung selama seminggu sepanjang cuti sekolah ini bermula. Kami bertiga juga diarahkan untuk melakukan kerja amal di sekolah sepanjang tempoh ini.”
“Contoh?”
“Alaa. Seperti bersihkan tandas sekolah, perpustakaan, kantin, stor, surau, apa-apalah.”
“Perit juga hukuman itu bang.” kata Raihan.
“Sudah jadi lumrah sekolah ini, Raihan. Kalau buat silap kecil, tak apalah. Kalau sebaliknya, alamatnya.” Victor menggeleng kepala.
“Alamatnya apa bang?”
“Tak ada apalah. Kamu makanlah mi itu. Nanti sejuk, tak sedap pula.” pelawa Victor.
Raihan duduk di meja bersebelahan tingkap. Bergayut telefon bimbitnya sambil menonton Maharaja Lawak Mega melalui aplikasi youtube. Dia ketawa terbahak-bahak hingga tak ingat waktu. Menghilangkan rasa bosan pada dirinya yang berseorangan di dalam dorm. Mereka pula tiada di dalam dorm kerana ada taklimat bersama Cikgu Muslim di dewan. Ketika dia menonton, dia mengalami sakit perut. Duburnya seakan-akan hampir melepaskan hajat. Dia kemudian berlari keluar dari dorm untuk pergi ke tandas.
Raihan keluar dari tandas seusai membuang air besar. Ekspresi wajahnya lega kerana perutnya tidak memulas lagi. Raihan segera kembali ke dorm kerana hari sudah larut malam. Ketika menghampiri kembali ke dorm, dia ternampak Latif, Victor, dan Yusuf berada di luar kantin sekolah. Mereka sedang membersihkan longkang mini beralur panjang. Raihan menghendap mereka di sisi kelas. memerhati mereka yang bertingkah aneh.
“Apa abang bertiga buat di kantin itu? Sudah larut malam masih belum siap kerja amal lagi.” Hati Raihan berkata sendiri. “Bukankah abang Yusuf kata, kerja amal itu bermula esok?” Raihan berfikir sebentar. “Tak logik. Tak mungkin mereka buat kerja amal malam-malam buta macam ini. Seyugianya hari ini Cikgu Muslim hanya beri taklimat pada mereka di dewan untuk tugasan mereka esok. Dan mereka mengatakan bahawa esok, mereka akan bertugas. Tak betul ini. Tak betul. Mana ada pihak sekolah buat peraturan macam ini. Baik aku pergi sana.”
“Abang Yusuf! Abang Victor! Abang Latif! Jomlah balik. Dah larut malam ini. Jom.”
Mereka tidak endah akan respon Raihan.
“Abang Yusuf! Abang Victor! Abang Latif! Kalian dengar tak.”
Mereka masih tak endah lagi.
“Abang Yusuf!!! Abang Victor!!! Abang Latif!!!” Raihan segera menghala tangannya ke pundak Yusuf. Alangkah terkejutnya bahawa wajah Yusuf berubah menjadi pucat. Matanya merah menyala. Mulutnya dititis air liur berdarah. Sambil dipimpin sabit yang dipegang olehnya.
“Kamu nak suruh kami balik kah?” tanya Yusuf sambil memandang Raihan.
Begitu pula Victor dan Latif pun memandang Raihan dengan ngeri.
Dia segera berlari dari kantin dengan berekspresi takut. Berlari sepantas kilat agar mereka tidak mengikutnya. Raihan kembali ke dorm dan mengunci pintu. Raihan duduk bersandar pintu. Mulutnya termengah-mengah dan kelelahan pabila dialami peristiwa sebentar tadi. Ketika dia duduk, pintu yang disandarnya diketuk secara tiba-tiba. Ketukan itu sangat deras. Pintu dorm bergegar bagaikan hampir dah nak pecah. Raihan tidak berani membukanya kerana pintu yang diketuk itu tiada ucapan salam. Dia biarkan saja. Selepas itu, ketukan itu semakin hari semakin deras.
“pompompompompompompompompompom………………………” Raihan memejam matanya. Sambil membaca ayat suci Al-Quran nan mudah dia ingat. Seusai membaca, ketukan itu hilang. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Memeriksa di luar dorm samada mereka masih berada di luar atau tidak. Dia menutup semula pintu. Sebaik pintu dorm ditutup, kelibat mereka muncul di hadapannya. Ekspresi wajah mereka terlebih senyum umpama senyuman psiko. Menatap Raihan yang diambang ketakutan. Seluruh tubuh Raihan kaku bagaikan tindak balas fizikal tidak bergerak. Hanya ditenung mereka sambil memegang sabit dari tangan mereka seolah-olah mahu menghabiskan riwayat hidup Raihan.
“Kami dah balik ini. Hihihihi………………….” kata mereka serentak sambil ketawa.
***
Tiba-tiba, penglihatan Raihan kabur. Dan akhirnya, dia tersedar kerana terasa ada tepukan di badannya.
“Dik. Dik. Bangun dik.” Raihan bangkit.
“Kenapa adik tidur di sini? Bangun bangun!” pak cik terus membangunnya.
Apabila dia bangun, dia terkejut. Kerana dia melihat disekitarnya bahawa dia terlelap di lobi sekolah.
“Adik okey kah?” tanya seorang abang yang memakai uniform Pengawal Keselamatan .
“Saya di mana, pak cik?”
“Adik sekarang di lobi ini. Kenapa adik tidur di sini?” tanya pak cik seorang lagi yang memakai uniform Pengawal Keselamatan.
“Setahu saya, saya tak tidur di sini semalam. Pak cik.”
“Habis, adik tidur di mana?” tanya abang Pegawal Keselamatan.
“Saya tidur di dorm khusus. Di belakang blok makmal.” balas Raihan.
“Belakang blok makmal! Maksud kamu, Dorm Kemunting.”
“Ya. Macam mana pak cik tahu.”
“Adik. Dorm Kemunting itu dah lama ditinggalkan dik. Dorm itu dah lama usang dan terbiar di sekolah ini. Kira-kira 20 tahun begitu.”
“20 tahun! Tak mungkin. Saya duduk di dorm hanya satu malam saja.” kata Raihan tidak percaya.
“Siapa yang benarkan kamu masuk dalam dorm itu.” tanya pak cik.
“Cikgu Muslim. Warden Asrama di sekolah ini.” balas Raihan.
Ekspresi wajah mereka berubah. Umpama terkejut akan balas dari Raihan sebentar tadi.
“Setahu pak cik, tiada Warden Asrama di sini. Yang ada, kami berdua saja yang jaga di sekolah ini.”
“Sebenarnya Cikgu Muslim dah lama meninggal.”
“Meninggal! Betulkah pak cik? Saya baru saja jumpa Cikgu Muslim semalam. Takkan dah meninggal.”
“Betul dik. Dah lama Cikgu Muslim itu meninggal.”
Raihan tidak percaya akan penjelasan pak cik itu. Pak cik segera mengimbas penceritaannya kepada Raihan perkara sebenar.
“Suatu hari, ada tiga orang pelajar sedang menghendap pelajar perempuan mandi di tandas. Mereka itu ditangkap oleh seorang Warden Asrama, iaitu Cikgu Muslim. Mereka dibawa ke bilik pengetua untuk membuat keterangan pada mereka. Pengetua di sekolah ini mengenakan denda pada mereka. Mereka tak dibenarkan balik kampung selama seminggu ketika cuti Hari Gawai bermula.” penerangan pak cik.
“Namun, hukuman itu tidak dipersetujui oleh Cikgu Muslim kerana mereka yang menghendap itu adalah pelajar yang nakal dan sering berbuat masalah di sekolah. Boleh dikatakan selalulah. Kesabaran Cikgu Muslim sudah hilang. Dah lama dia beransur dengan mereka. Tapi tak berhasil. Gara-gara ragam mereka yang agak melampau. Sampai satu tahap, Cikgu Muslim mengenakan denda pula pada mereka, berdiri di luar dorm Kemunting waktu malam. Konon-kononnya denda itu arahan dari pengetualah. Namun, itu atas arahan Cikgu Muslim sendiri. Padahal denda yang sebenar itu hanya tidak dibenarkan balik selama seminggu. Itu saja.” kata Pengawal Keselamatan yang bergiliran bercerita.
“Selepas itu, Cikgu Muslim mengarahkan mereka agar kekal berdiri di luar dorm hingga subuh waima ditimpa hujan lebat sekalipun. Datanglah hujan lebat itu, air hujan merintik deras ditambah pula dengan kilat yang kuat menyambar. Mereka cuba bertahan akan hukuman yang diberi oleh Cikgu Muslim. Tetapi, tubuh mereka tidak berdaya lagi kerana hujan itu terlalu lebat. Menjelang subuh, dua pelajar itu menghala ke arah mereka untuk membangunkan mereka. Namun, mereka tersebut sudah tidak bernyawa lagi.”
“Pengetua mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan Cikgu Muslim sebagai Warden Asrama serta-merta kerana kesilapannya. Gara-gara aduan dari ibu bapa mereka yang meninggal itu mengatakan sekolah ini kejam, memberi hukuman nan tidak wajar dan macam-macam lagi sehingga pengetua itu tidak tahan dengan momokan aduan tersebut.”
“Seusai mereka meninggal, ada suatu peristiwa yang tergempar di sekolah ini didapati bahawa Cikgu Muslim, Warden Asrama ini telah meninggal dunia akibat bunuh diri di tempat kediamannya. Dia depresi. Teruk dia kena hadap disebabkan kemarahan ibu bapa mereka yang menengkingnya. Dia tak tahanlah akan tengkingan itu. Bukan itu sahaja, dia telah dipulaukan oleh rakannya sendiri. Rakannya cikgu jugalah. Sehingga pekerja kantin, tukang kebun sekolah ini pun, dia dipulaukan juga. Kesian Cikgu Muslim.”
“Habis. apa yang berlaku seusai Cikgu Muslim, tiga pelajar itu meninggal?”
“Seram pula pak cik nak terangkan. Berdiri bulu roma pak cik ini. Adil, tolong terangkan.”
“Setiap malam, lentera di dorm Kemunting di belakang blok makmal itu terbuka sendiri. Pak cik sendiri pergi ke dorm itu untuk menutup lentera itu. Namun, lentera itu buka kembali. Sampai satu tahap, lentera dorm itu berkelip serentak umpama lentera hampir dah nak hanguslah. Jadi, abang ambil keputusan untuk larilah dari dorm itu. Tak tahan. Hampir setiap malam, setiap hari, lentera itu terbuka. Selain itu, ada seorang pelajar perempuan dari Tingkatan 4 Sains terlihat roh tiga pelajar itu memerhatinya di tingkap makmal sains ketika buat kajian eksperimen berkumpulan. Selepas itu, ada seorang pelajar yang baru masuk Tingkatan 1 diganggu oleh roh mereka di tandas ketika membuang air kecil. Sampai demam panas satu minggu dibuatnya. Jadi, disebabkan itu, semua pelajar yang tinggal di dorm ini terpaksa membawa baldi buang tempat hajat sendiri dan juga tiga botol air kosong untuk mencuci najis tersebut.”
“Saya tak tahu akan perkara ini. Sebab saya baru saja pindah di sini. Tak pernah pun kawan sedorm dengan saya yang cerita pasal Dorm Kemunting itu.”
“Mungkin kawan kamu tak nak kamu takut, lebih-lebih lagi orang baru macam kamu inilah. Kalau kawan kamu cerita, kamu takut. Mungkin kawan kamu tahu. Tapi, tak nak menceritakannya. Jom, kami temankan kamu ke sana. Ambil barang-barang kamu. Sebelum penghuni dorm itu menganggu kamu lagi.”