Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Doris Sophia terus diberi amanah terajui Wanita PRS
  • SEMASA

Doris Sophia terus diberi amanah terajui Wanita PRS

Utusan Sarawak 3 hours ago

Barisan Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) diketuai Dato Sri Doris Sophia Brodie (duduk tengah barisan depan).

KUCHING: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie kekal menerajui sayap Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Rosaline Neging pula sebagai Timbalan Ketua, manakala Agnes Undil dan Mutang Karani masing-masing bagi jawatan Naib Presiden.

Perkara ini disahkan pada Persidangan Tiga Tahun Sekali Ke-6 PRS di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa yang dipilih bagi penggal 2025 – 2028 adalah Rajena Bilong, Ena Ebon, Jacqueline Jutre, Morjorie Majang, Helen Jambai, Munah Luyoh, Niput Ahip, Getty Chua Peng Hia, Juliana Jetty dan Lily Alang.

Sementara itu, Misiah Abdullah dilantik sebagai Setiausaha, manakala Sandra John Tambie selaku Timbalan Setiausaha. 

Gawai Enggong pula dilantik sebagai Bendahari dan Norma Rantu sebagai Timbalan Bendahari.

Jawatan publisiti pula diamanahkan kepada Jenny Crystal Mansang, dengan Bridgette Astra Donald sebagai Timbalan.

Dua orang pula dinamakan bagi jawatan lantikan majlis tertinggi iaitu Donna Petrus Ngelai dan Rumau Sanggau, manakala tiga lagi akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dengan barisan kepemimpinan kali ini, dilihat langkah penting untuk memperkukuh organisasi Wanita PRS selain memastikan sayap tersebut kekal aktif dan berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab parti di peringkat akar umbi.

Sejak penubuhannya, Wanita PRS menjadi tulang belakang dalam jentera pilihan raya serta memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan ahli parti. 

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Terkini: ADUN Tamin, Gira menang jawatan Ketua Pemuda PRS
Next: KPWKM sokong SOP baharu percepat kes mahkamah kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.