Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Dongguan, terserlah sebagai hab industri fesyen mainan berunsurkan budaya tradisional
  • BISNES

Dongguan, terserlah sebagai hab industri fesyen mainan berunsurkan budaya tradisional

Utusan Sarawak 2 days ago
JUMLAH perusahaan berkaitan pengeluaran fesyen mainan yang berdaftar di China melonjak 41.08 peratus pada separuh pertama 2025 berbanding tempoh sama tahun lepas.

BEIJING: Jumlah perusahaan berkaitan pengeluaran fesyen mainan yang berdaftar di China melonjak 41.08 peratus pada separuh pertama 2025 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Statistik terkini menunjukkan, terdapat sejumlah syarikat di bandar Dongguan dalam provinsi Guangdong, beroperasi sepenuhnya susulan tempahan yang melambung dalam tempoh 6 bulan lepas.

Kluster industri fesyen mainan yang lengkap dan kompetitif dilaporkan sudah terbentuk di bandar Dongguan yang terkenal sebagai hab industri fesyen mainan yang terbesar di seluruh negara, dengan adanya 4,000 syarikat pengeluar dan hampir 1,500 perusahaan aksesori melibatkan industri hiliran dan huluan.

Untuk perincian, kelompok pemain industri di Dongguan selalu bertindak pantas menghasilkan set acuan yang berspesifikasi paling tinggi di dunia, bijak menggabungkan teknologi canggih dengan kebudayaan tradisional, menumpukan kepada reka bentuk yang popular dan mengeluarkan produk fesyen yang boleh membawa pulangan ekonomi yang besar.

Dimaklumkan, sebanyak 25 peratus mainan animasi di persada dunia merupakan produk buatan Dongguan, yang juga menyumbang hampir 85 peratus keseluruhan pengeluaran fesyen mainan di China.

Hab industri fesyen mainan ini gah dengan pendapatan perniagaan bernilai RMB23.8 bilion (RM14.08 bilion) sepanjang 2024.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: SJKP jamin lebih 100 peratus pembiayaan rumah bagi pembeli rumah pertama
Next: Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang pembentangan Belanjawan 2026 esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.