Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Donald Tusk dipilih sebagai Perdana Menteri Poland
  • GLOBAL

Donald Tusk dipilih sebagai Perdana Menteri Poland

Utusan Sarawak 1 year ago
DONALD Tusk

WARSAW: Donald Tusk dipilih sebagai perdana menteri Poland menerusi undian di Sejm, dewan tertinggi Parlimen, petang semalam selepas kerajaan sedia ada gagal mendapatkan undi percaya.

Tusk memperoleh 248 undi menyokong pencalonannya untuk jawatan berkenaan di Sejm, sementara 201 Ahli Parlimen mengundi menentang di dewan rendah Parlimen Poland.

Beliau disokong oleh tiga kumpulan pembangkang terbesar negara: Gabungan Sivik, Aliran Ketiga dan Haluan Kiri Baharu, lapor Xinhua.

Sejm memilih Tusk hanya beberapa jam selepas perdana menteri terdahulu Mateusz Morawiecki gagal memperoleh undi percaya yang mencukupi.

Poland mengadakan pilihan raya Parlimen pada 15 Oktober, di mana parti pemerintah Parti Undang-undang dan Keadilan (PiS) memenangi kebanyakan undi, tetapi gagal mencapai majoriti dalam Sejm.

Morawiecki, calon perdana menteri dari parti PiS, telah ditugaskan oleh Presiden Andrzej Duda pada 27 November untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, pada petang semalam, kerajaannya hanya memperoleh 190 undian, sementara itu, 266 undi menentang, menamatkan pemerintahan lapan tahun oleh parti PiS.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri baharu kemungkinan berlangsung, esok. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah – Ketua Pengarah WHO
Next: AS rekod lebih 1,600 kematian akibat selesema – CDC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.