Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Dokumentari jadi aset baharu promosi Borneo yang kaya dengan kisah unik
  • HIBURAN

Dokumentari jadi aset baharu promosi Borneo yang kaya dengan kisah unik

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berucap ketika merasmikan Anugerah Dokumentari Borneo AIFFA dan Dunia Niaga Filem AIFFA di Muzium Budaya Borneo, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Dokumentari kini dilihat sebagai aset penting dalam mempromosikan Borneo ke peringkat antarabangsa kerana wilayah ini kaya dengan pelbagai kisah unik yang wajar diangkat oleh penerbit filem tempatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata pengenalan kategori baharu Anugerah Dokumentari Borneo AIFFA memberi peluang jelas kepada penerbit untuk menonjolkan identiti Borneo melalui penceritaan visual yang autentik.

“Anugerah ini membuka peluang kepada penerbit filem dari Borneo, terutamanya penerbit tempatan yang banyak menghasilkan dokumentari. Mereka kini mempunyai platform khusus untuk memperlihatkan karya yang mencerminkan siapa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Anugerah Dokumentari Borneo AIFFA dan Dunia Niaga Filem AIFFA di Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Beliau berkata dokumentari bukan sahaja menonjolkan kreativiti penerbit filem, malah membantu mempromosikan keindahan alam, budaya, makanan dan tradisi masyarakat Borneo yang menjadi daya tarikan utama pelancong.

Snowdan menegaskan penganjuran kategori baharu ini dapat memperkukuh usaha mempromosikan pelancongan berteraskan budaya, alam semula jadi dan gaya hidup masyarakat Borneo yang selama ini menjadi kekuatan utama Sarawak dan rantau ini.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada para pemenang serta menggalakkan penerbit yang menghantar penyertaan agar terus berkarya dan meneroka lebih banyak kisah tempatan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan komersial.

Dalam ucapannya, Snowdan turut menyatakan penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia kerana menyediakan pembiayaan pasca produksi kepada pembikin filem ASEAN. 

Katanya, sesi pembentangan projek selama dua hari di Muzium Budaya Borneo memberi ruang penting kepada penerbit mengembangkan jaringan profesional.

“Inisiatif ini satu permulaan yang baik. Pada masa depan, penganjur boleh mempertimbangkan menjemput pembeli kandungan dokumentari kerana semakin banyak saluran televisyen memberi tumpuan khusus kepada dokumentari,” ujarnya.

Beliau juga berharap sesi Bicara Niaga Filem pada sebelah malam memberi manfaat kepada peserta kerana penceramah yang diundang AIFFA sentiasa berkongsi pandangan serta perkembangan terkini berkaitan teknologi dan trend industri.

Oleh Adele Rissa

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Abang Adik, Babah, Reversi dan Simple Manusan bersaing hebat dalam AIFFA 2025
Next: Tiga dokumentari unggul raih kemenangan di Anugerah Dokumentari Borneo AIFFA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.