Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dokumen tambahan: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Ogos umum keputusan rayuan AG
  • NASIONAL

Dokumen tambahan: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Ogos umum keputusan rayuan AG

Utusan Sarawak 19 hours ago

PUTRAJAYA:  Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Ogos ini untuk mengumumkan keputusan berhubung rayuan Peguam Negara (AG) berkaitan kewujudan dokumen tambahan yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya sebagai tahanan di rumah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu mengesahkan tarikh keputusan berkenaan kepada Bernama.

Pada 9 Julai lepas, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah menangguhkan keputusan berhubung rayuan berkenaan.

Pada 28 April lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada AG untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan yang didakwa berkaitan dengan Najib.

Pada 6 Januari lepas, Mahkamah Rayuan melalui keputusan majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang kononnya membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah untuk diputuskan oleh Mahkamah Tinggi berdasarkan merit.

Keputusan itu membatalkan perintah Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berkenaan dokumen tambahan itu.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan rayuan serta permohonan semakan kehakimannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada Februari 2023, Lembaga Pengampunan telah meringankan hukuman penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan sedang pertimbang naikkan cukai tembakau – PM Anwar
Next: MCMC panggil Muhyiddin bantu siasatan kandungan TikTok berhubung subsidi RON95

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.